Suka duka, pahit manis adalah asam garam kehidupan. Saya mengalaminya dan awak juga merasainya. Walaupun kedukaan itu amat perit namun jalan keluar akan ada. Jangan bersedih kerana kegembiraan itu pasti datang. Seperti malam bertukar siang, seperti pagi menanti petang.
Saya akui masalah kewangan pernah menghantui saya. Dengan hutang kad kredit, hutang peribadi dan hutang perniagaan. Anggaran keseluruhan hutang saya adalah rm12,000.00. Umur pun dan 28 ( 2006) pada ketika itu dan aset pun tiada. Apabila kesedaran timbul saya terus mengambil langkah keluar dari bebanan hutang.
Langkah yang saya ambil atau resepi bayar hutang kad kredit dan hutang yang saya ikuti adalah:
a. Mencari sebab kenapa saya boleh berhutang
b. Langkah-langkah membayar hutang
a.mencari sebab kenapa saya boleh berhutang
perniagaan yang tidak menguntungkan. perniagaan boleh memberi pulangan yang baik cuma perniagaan saya jer yang tidak untung iaitu pusat siber. saya mengenalpasti ini sebab utama saya dengan bil elektrik dan internet yang tinggi ( guna ISDN )
Belian tidak terkawal ( compulsive spending ) suka membeli tanpa memikir dengan panjang. Ada komputer baru terus saja membeli dan beli alatan sampingan. Membeli motor RXZ dimana ianay bukan keperluan tapi kehendak.
Membuang masa dengan bermain komputer ( video game, online game ) hutang bermain komputer tidaklah banyak mana tetapi masa yang terbazir itu seharusnya saya boleh mengusahakan untuk menambah pendapatan untuk perniagaan
langkah-langkah membayar hutang
1. menanamkan keazaman membayar hutang dan doa ( there is a will there is a way )
mulanya saya letakkan niat untuk membayar semua hutang saya. kemudian saya berdoa agar dapat pertolongan untuk keluar dari beban hutang.
2. mencari pekerjaan dan bekerja – saya kemaskini resume saya dan mula mencari kerja. Guna jobstreet, JobDB dan sebagainya. Akhirnya dapat dan mula bekerja.
3. menutup perniagaan – perniagaan lama itu masih membebankan lalu saya tutup. Ya memang saya rugi tapi saya perlu bertindak. ( Cut Your Losses )
4. pertingkatkan ilmu kewangan – mula membaca tentang buku kewangan, blog kewangan dan lain-lain. mempelajari kaedah menggunakan kad kredit, membaca penyata kad kredit.
5. mengawal perbelanjaan – membuat catatan mengenai perbelanjaan menggunakan catatan aliran tunai. tulis di merata tempat, simpan resit dll. Tujuanya untuk mencari kemana duit saya dibelanjakan ( mencari duit yang hilang )
6. bayar hutang kad kredit – kad kredit ini saya menggunakan kaedah pindahan wang ( balance transfer ) saya akui ini bukanlah kaedah paling baik. Tapi inilah langkah yang saya gunakan.
Diatas adalah langkah-langkah atau resepi yang saya gunakan untuk mengurangkan hutang. Kini hutang kad kredit saya kurang dari rm500. Hutang pinjaman peribadi kurang dari rm5000. Ya saya mengambil masa yang lama.
Saya berharap para pembaca boleh berkongsi idea dengan saya bagaimana anda melakukanya. Terima Kasih
Popularity: 8% [?]
Category: Debt / Credit Card, Resepi Kewangan


