Permasalahan Harta Pusaka Tidak Dituntut

Pelbagai permasalah timbul dari kekeliruan dan kurangnya pemahaman mengenai pengurusan harta. Wang tunai, saham, tanah, rumah dan sebagainya. Oleh itu terdapat banyak harta pusaka tidak dituntut dan dianggarkan tidak kurang 1.8 billion.

Permasalahan ini telah dibincangkan pada Konvensyen Pewarisan Harta Islam dianjurkan oleh Amanah Raya Berhad:

1. Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (19 September 2000) memutuskan simpanan KWSP orang islam yang mati adalah harta pusaka yang wajib diagihkan secara Hukum Faraid.

2. Penama untuk sesuatu urusan harta adalah pemegang amanah atau wasi terhadap harta benda si mati.

3. Penyelesaian harta pusaka adalah tanggungjawab semua ahli waris

4. Sebanyak 40% pendeposit atau penyimpan Tabung Haji belum ada Penama

5. Hanya 38% atau 4.3 juta pencarum di KWSP yang telah membuat penama.

6. Hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) tidak mengguna sistem penama ke atas simpanan pencarum dan megguna pakai sijil faraid serta sijil Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah bagi urusan pusaka.

7. Sebanyak RM70 juta harta yang tersimpan di KWSP, Tabung Haji, PNB dan koperasi-koperasi tidak diselesaikan oleh pewaris.

Simpanan KWSP Tanpa Penamaan (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)

Di dalam kes dimana ahli yang meninggal dunia tidak membuat sebarang penamaan, keutamaan untuk menuntut simpanan ahli diberikan kepada pentadbir pusaka yang dilantik. Ini tanpa mengambil kira status perkahwinan ahli yang meninggal dunia.

Jika ahli yang meninggal dunia itu telah berkahwin, orang yang layak untuk menuntut, mengikut keutamaan, adalah pasangan dan anak-anak ahli atau penjaga mereka (jika anak-anak di bawah umur).

Jika tiada tuntutan dari mereka yang disebut di atas, orang yang layak untuk menuntut, mengikut keutamaan, adalah ibu bapa, adik beradik dan sesiapa yang dianggap layak oleh KWSP untuk menerima simpanan ahli.

Kepada ahli yang beragama Islam, undang-undang Faraid akan digunakan.

Lihat:

Siri Perancangan Pengurusan Pewarisan Amanah Raya Berhad

DM: Jangan tunggu lagi , jalankan amanah anda terhadap keluarga.

Popularity: 9% [?]

------------------------------------------------------------------------
Related post:
  • ASB on loan untung atau rugi?
    Untung atau rugi buat ASB loan ini? Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya samada elok atau tidak elok buat...
  • ASN Information and FAQs
    MAKLUMAT TABUNG Nama Tabung SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN) Jenis Pertumbuhan Kategori Ekuiti Tarikh Pelancaran 20 April 1981 Objektif Bagi...
  • Dividen ASB Tahun 2008
    ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.00 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.75 SEN SEUNIT ***** Dividen ASB 2008 – 8.75 sen seunit *********...
  • CIMB Wealth Advisor on Co Unit Trust
    I just started to check into Unit trust. One of it is CIMB Co Unit Trust. Ok, let’s start. Quote...
  • Beat inflation (inflasi) during crisis
    Dalam keadaan "chaotic" sebegini, perkara terbaik yg harus dilakukan adalah "Simpan sebanyak mungkin dan pastikan Hutang clear". Jangan buat keputusan...
  • Differences between ASB and Unit Trust
    Masih ramai di antara kita yang terkeliru di antara Amanah Saham Bumiputera dan Unit Amanah Saham Swasta (Unit Trust). Ada...
  • This entry was posted on Sunday, March 15th, 2009 and is filed under Banking & Financing, Business, Car Loan / Cars, Home Loan / House, Investment & Unit Trust. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    2 Responses to “Permasalahan Harta Pusaka Tidak Dituntut”

    1. Saya seprti di atas, ingin bertanya tentang “Wang tidak dituntut”
      Semasa saya berumur 2 thn, ayah telah membuat simpanan untuk masa depan saya di salah satu bank di malaysia ( A/C simpanan Kawita a/p Genesan (Anak) & geneasan a/l Ramasamy ( Bapa) dan hanya boleh tuntut selepas saya mencecah 18 thn tetapi sehingga kini saya tidak tuntut lagi.

      Sekarang saya berumur 30 thn dan wang simpanan ini masih belum dituntut.
      Semasa saya ke bank tersebut, saya telah diberitahu bahawa wang tersebut telah di alukan ke “Amanah Raya” bahagian wang tidak dituntut.

      soalan
      a) Bolehkan saya menuntut wang tersebut sekarang?
      b) Siapakah berhak ke atas wang tersebut? saya & bapa atau Adik beradik saya &
      bapa saya.

      c) Bolehkah duit itu dituntut oleh adik lelaki atau perempuan saya.

      regards
      kawita

    2. Jika saya tak silap, wang yg tidak dituntut memang akan masuk ke Amanah Raya.
      Saya sarankan berbincang dengan Amanah Raya tentang permasalahan ini.

    Leave a Reply for " Permasalahan Harta Pusaka Tidak Dituntut"

    Designed by DuitMoney.com