Overdraft (OD) – ASB teknik gandakan wang simpanan anda

od-asd-interest-rate Jom kita bincang tentang penggunaan Over Draft bersandarkan sijil ASB (OD ASB) nie.. mari kita share pengiraan-pengiraan dan fungsi-fungsi OD ASB..

Salah satu tujuan utama OD ASB nie supaya kita boleh maksimumkan saving kita…. sebagai contoh, kata lah sebelum nie kita cuma saving ke dalam ASB RM300 sebulan tapi kalau guna kaedah OD ASB kita boleh gandakan saving sampai RM600.. tapi sebelum tue masing-masing kenalah tahu masing-masing punya tahap kewangan dan juga cashflow sebab setiap orang mempunyai cara perbelanjaan yang berbeza..

sebagai permulaan katakan kita ada duit simpanan

ASB = RM11000 (jumlah minimum nak memohon OD ASB)

Bank akan bagi 95% dari jumlah ASB
95% x RM11000 = RM10450

Sebelum ini katakanlah kita saving RM100 tiap-tiap bulan ke dalam ASB..
dari kaedah OD ASB nie kita cuba simpan dalam ASB kita RM200 tiap-tiap bulan..
jadi dalam 1 tahun kita akan simpan/guna RM2400

dividen ASB 8.5%

jadi pada tahun ke-2..

Kita dapat dividen pada jumlah simpanan yang memang ada RM11000 + dividen daripada yang kita simpan tiap-tiap bulan dari akaun OD ke dalam ASB RM2400
jadi jumlah dividen yang diperolehi adalah RM1139..
dividen yang kita dapat nie kita masukkan semula ke dalam akaun OD..

Ulang langkah2 tersebut setiap tahun dan kita akan lihat pada permulaannya baki akaun OD kita akan berkurang tapi lama-kelamaan baki tersebut akan bertambah semula sebab semakin banyak dividen yang kita dapat kerana simpanan kita semakin bertambah..

sebagai ringkasan untuk pengiraan tersebut:

ASB = RM11000
OD = 95% x RM11000 = RM10450
dividen 8.5%

tahun pertama
jumlah OD yang digunakan = RM2400
baki OD = RM10450 – RM2400 = RM8050

tahun ke-2
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 = RM13400

awal tahun ke-2 kita akan memperolehi dividen ASB
dividen ASB = 8.5% x (RM11000 + RM2400) = RM1139

keluarkan dividen tadi dan masukkan semula ke dalam akaun OD
baki akaun OD = RM8050 + RM1139 = RM9189

seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-2 = RM2400 setahun
baki OD sekarang = RM9189 – RM2400 = RM6789

tahun ke-3
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 = RM15800
dividen ASB = 8.5% x 15800 = RM1343
baki akaun OD = RM6789 + RM1343 = RM8132
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-3 = RM2400 setahun
baki OD = RM8132 – RM2400 = RM5732

tahun ke-4
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 = RM18200
dividen ASB = 8.5% x 18200 = RM1547
baki akaun OD = RM5732 + RM1587 = RM7279
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-4 = RM2400 setahun
baki OD = RM7279 – RM2400 = RM4879

tahun ke-5
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM20600
dividen ASB = 8.5% x RM20600 = RM1751
baki akaun OD = RM4879 + RM1751 = RM6630
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-5 = RM2400 setahun
baki OD = RM6630 – RM2400 = RM4230

tahun ke-6
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM23000
dividen ASB = 8.5% x RM23000 = RM1955
baki akaun OD = RM4230 + RM1955 = RM6185
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-6 = RM2400 setahun
baki OD = RM6185 – RM2400 = RM3785

tahun ke-7
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM25400
dividen ASB = 8.5% x RM25400 = RM2159
baki akaun OD = RM3785 + RM2159 = RM5944
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-7 = RM2400 setahun
baki OD = RM5944 – RM2400 = RM3544

so kat sini kita dah boleh nampak baki ASB kita pada tahun ke-7 dah ada RM25400.. bermakna kita dah pun berjaya menggandakan simpanan kita dalam masa 7 tahun tanpa usik perbelanjaan harian kita sebab duit yang digunakan adalah duit daripada akaun OD kita..

setiap tahun ulang balik kaedah yang sama..

tahun ke-8
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM27800
dividen ASB = 8.5% x RM27800 = RM2363
baki akaun OD = RM3544 + RM2363 = RM5907
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-8 = RM2400 setahun
baki OD = RM5907 – RM2400 = RM3507

tahun ke-9
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM30200
dividen ASB = 8.5% x RM30200 = RM2567
baki akaun OD = RM3507 + RM2567 = RM6074
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-9 = RM2400 setahun
baki OD = RM6074 – RM2400 = RM3674

tahun ke-10
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM32600
dividen ASB = 8.5% x RM32600 = RM2771
baki akaun OD = RM3674 + RM2771 = RM6445
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-10 = RM2400 setahun
baki OD = RM6445 – RM2400 = RM4045

so kat sini kita nampak baki akaun OD dah mula menunjukkan pertambahan semula pada tahun ke-9, 10 dan seterusnya akan semakin bertambah..

untuk tahun-tahun seterusnya bolehlah cuba kira sendiri..

pada masa yang sama disebabkan kita guna OD ASB nie berdasarkan interest 6.75%, maka interest akan dikenakan sebanyak

RM2400 x 6.75% = RM162 setahun
RM2400 x 6.75% / 12 = RM13.50 sebulan
RM2400 x 6.75% / 365 = RM0.44 sehari

Ada cara yang boleh digunakan untuk kita kurangkan interest charge yang dikenakan tiap-tiap bulan tersebut.. kita bincangkan untuk next topik pulak nanti..

Harap-harap semua boleh paham apa yang aku cuba sampaikan nie.. yang penting cara kita manage duit kita tue nanti.. maklumlah nampak depan mata RM11000.. confirm kelabu mata punya.. so gunakanlah dengan cara yang berhemah..

Popularity: 63% [?]

------------------------------------------------------------------------
Related post:
  • ASB on loan untung atau rugi?
    Untung atau rugi buat ASB loan ini? Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya samada elok atau tidak elok buat...
  • Feedback from ASNBCARE on ASB dividend 2008
    Email dari asnbcare@pnb. com.my Kami dengan hormatnya merujuk kepada email tuan mengenai perkara di atas. Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan...
  • Immediate Financing needs with Overdraft
    Are you looking for a convenient and flexible answer for your fluctuating day-to-day cashflow? Besides asset financing, your business needs...
  • Dividen ASB Tahun 2008
    ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.00 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.75 SEN SEUNIT ***** Dividen ASB 2008 – 8.75 sen seunit *********...
  • Differences between ASB and Unit Trust
    Masih ramai di antara kita yang terkeliru di antara Amanah Saham Bumiputera dan Unit Amanah Saham Swasta (Unit Trust). Ada...
  • Kurangkan Bayaran Bulanan Kad Kredit melalui Skim Ezy Payment
    Skim Ezypayment menawarkan bantuan kepada mereka yg tertekan dgn hutang lapuk kad kredit dn mengalami masalah bayaran bulanan yg tertunggak....
  • This entry was posted on Tuesday, March 17th, 2009 and is filed under ASB, Banking & Financing, Business, Car Loan / Cars, Debt / Credit Card, Home Loan / House, Investment & Unit Trust, Personal Loan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    6 Responses to “Overdraft (OD) – ASB teknik gandakan wang simpanan anda”

    1. OD ni ada unsur riba kah, adakah pilihan di bank islam untuk guna teknik ni

    2. Boss, nak tanya skit

      Kalau kita buat OD 3-4 kali boleh ke
      Katakan kita ada sijil 30000
      1st OD – 30000×95%=28500 terus convert ke sijil
      2nd OD – gunakan 28500 , so 28500×95%= 27075 convert ke sijil gak
      3rd OD – gunakan 27075 , so 27075×95%= 25721

      Boleh ke bos cara ni?

    3. 1st option: ade RM500, deposit dkt ASB.. dpt la RM50 hujung tahun nnti (tu pn klu dividen 10% la)… 2nd option: ade RM500, deposit dkt sistem.. hujung tahun dpt la RM114k.. Kalo deposit RM7000 je…mane lg cerdik.. choose wisely & go for the best or nothing at all.. ;-)

    4. Info menarik..dah ada OD ASB cuma nak top-up sekarang ni nak kena ada register perniagaan.

    5. salam..

      sy nk tnya, saya ada buat loan ASB dengan maybank….boleh ke buat OD?
      Kalau sy buat personal loan, kemudian masukkan duit tu dalam ASB, kemudian buat OD boleh ke tak?
      Kemudian, bagaimana kalau sy guna duit from OD tu, untuk invest dalam emas, buat bayar hutang ptptn?adakah menguntungkan?
      TQ

    6. azharul

      hingga kini 21 feb 2011 OD ASB masih lagi dibekukan

      1. Loan ASB tidak boleh buat OD
      2. Buat PL pastu masuk dalam ASB untk buat OD. Teknik ini dulu boleh kini dibekukan.
      3. Kadar interest pada PTPTN adalah teramat rendah. Baik dibayar saja jangan menggunakan PL ataupun OD

    Leave a Reply for " Overdraft (OD) – ASB teknik gandakan wang simpanan anda"

    Designed by DuitMoney.com