Feedback from ASNBCARE on ASB dividend 2008

Email dari asnbcare@pnb. com.my

Kami dengan hormatnya merujuk kepada email tuan mengenai perkara di atas.
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana tuan memilih unit amanah ASNB yang diuruskan oleh Kumpulan PNB melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), sebagai instrumen pelaburan tuan.
Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2008 adalah seperti berikut:-
Pengagihan Pendapatan 7%
Bonus 1.75%

Berikut adalah dinyatakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk makluman tuan.

 

(a) Pengagihan Pendapatan
Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2008:-
Jumlah *BMB dari bulan Januari 2008 hingga Disember 2008 x KADAR
12 Bulan
* BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2008 sehingga Disember, 2008 (12 bulan).
* Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum
tahunan.
* Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.

(b) Bonus
Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.
Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2008 :-
Jumlah *BMB dari bulan Januari 1999 hingga Disember 2008 X KADAR
120 Bulan
* BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 1999 hingga Disember 2008 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan
120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
* Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.

Sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Ejen, Ibu Pejabat ASNB, Kuala Lumpur melalui talian telefon 03-2057 3000/2057 3111 atau mana-mana Pejabat ASNB yang berdekatan atau layari laman web kami di www.asnb.com. my .
Sekian, terima kasih.
Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220

Popularity: 8% [?]

------------------------------------------------------------------------
Related post:
  • Dividen ASB Tahun 2008
    ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.00 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.75 SEN SEUNIT ***** Dividen ASB 2008 – 8.75 sen seunit *********...
  • Deviden ASB Tahun 2009
    ASB AGIHKAN PENDAPATAN –  SEN SEUNIT DAN BONUS — SEN SEUNIT ***** Dividen ASB 2009 – — sen seunit *********...
  • Deviden ASB Tahun 2010 – Dividen ASB 2010 Pengagihan Pendapatan
    ASB AGIHKAN PENDAPATAN DIVIDEN 7.50  SEN SEUNIT DAN BONUS 1.25 SEN SEUNIT ***** Dividen ASB 2010 – — sen seunit...
  • ASB on loan untung atau rugi?
    Untung atau rugi buat ASB loan ini? Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya samada elok atau tidak elok buat...
  • Kurangkan Bayaran Bulanan Kad Kredit melalui Skim Ezy Payment
    Skim Ezypayment menawarkan bantuan kepada mereka yg tertekan dgn hutang lapuk kad kredit dn mengalami masalah bayaran bulanan yg tertunggak....
  • ASN Information and FAQs
    MAKLUMAT TABUNG Nama Tabung SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN) Jenis Pertumbuhan Kategori Ekuiti Tarikh Pelancaran 20 April 1981 Objektif Bagi...
  • This entry was posted on Monday, January 5th, 2009 and is filed under Banking & Financing, Internet Tips. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Leave a Reply for " Feedback from ASNBCARE on ASB dividend 2008"

    Designed by DuitMoney.com