
Kunci Kekayaan / Mencari kunci kekayaan ( Tips for Wealth )
Definisi kekayaan ada banyak. Kaya harta, duit, kebahagiaan, peribadi, kesihatan, sosial dan bermacam lagi. Fokus kekayaan bukanlah hanya tertumpu pada duit dan harta semata-mata. Namun kali ini kunci kekayaan yang akan dihuraikan adalah mengenai kekayaan duit dan harta.
Kunci kekayaan #1
Jumlah pendapatan melebihi dari jumlah perbelanjaan
Pendapatan hasil pekerjaan dan perniagaan mestilah melebihi dari jumlah penggunaan / perbelanjaan. Kita boleh berjimat cermat dalam memilih perbelanjaan ataupun menambah pendapatan. Membuat pilihan dalam aspek kehidupan seperti dimana kita makan, pakaian yang dibeli, kenderaan yang dipandu, rumah yang didiami dan pelbagai aspek lagi. Saya sendiri memilih untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan. Menutup lubang-lubang kecil yang mengalir keluar dari poket saya. Antara lubang-lubang kecil ialah seperti tidak minum kopi di starbuck atau oldtown white coffee tapi di kedai mamak. Tidak makan di kedai fast food ( kfc,mcdonald dll) tapi di restoran atau gerai biasa. Tidaklah saya tidak makan lansung fast food cuma jarang sekala mungkin 4 bulan sekali.
Kunci kekayaan #2
Bekerja / berusaha mendapatkan wang
Kekayaan tidak datang bergolek. Kita kena berusaha mendapatkanya. Kita mesti bekerja ataupun berniaga untuk mendapatkanya. Usaha itu perlu dilakukan dengan gigih dan sabar.
Kunci kekayaan #3
Menyimpan sebahagian dari pendapatan
Simpan, simpan, simpan. Simpan sedikit dari pendapatan anda. Tak kiralah berapa nilai pada mulanya. Kiranya kalau dilihat dari buku ( Richest man in babylon ) 10% pendapatan hendaklah disimpan ungkapan ini juga dinyatakan oleh azizi ali dalam salah satu bukunya. Simpan duit anda sebelum membayar bil atau menggunakannya.
Kunci kekayaan #4
Menggandakan wang dalam pelaburan yang bersih dan menguntungkan
Pelaburan ini adalah sesuatu yang sukar bagi saya. Ini kerana banyak tempat melabur tapi menghabiskan duit sahaja. MLM lebur, forex lebur, melabur dalam perniagaan lebur. Kini saya mengambil langkah-langkah selamat dalam pelaburan. Saya melabur dalam ASB, menyimpan dalam tabung haji. Pendekatan saya ialah jika pelaburan itu susah hendak difahami saya elakkan. Tiada lagi nak buat jadi cepat kaya. Semua kekayaan dibuat perlahan-lahan. Cuma satu pesanan untuk diri dan anda semua. Melabur di tempat yang bersih, yang anda fahami dan anda ketahui risiko yang terbabit. Jangan terlalu fokus kepada kekayaan duit semata-mata kalau hati tidak tenang. Bersabar dalam membuat pelaburan.
Kunci kekayaan #5
Memberi untuk menerima
Sebahagian duit yang dikumpul / diusahakan adalah milik orang lain ( zakat ) Jangan terlalu taksub dengan mengumpul duit dan terlupa untuk memnunaikan tanggungjawab. Keluarkan sebahagian untuk bersedekah, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat emas, menolong orang lain dan sebagainya. Cuba bertindak sekarang anda boleh merasainya sendiri. Cuba dengan memberi Rm1 kepada rumah anak yatim atau pembinaan surau masjid yang mengutip derma di hadapan bank. Semasa memberi niatlah dalam hati dan lafaz yang anda bersedekah. Niat dan lafaz adalah penting untuk memberi satu perasaan yang lain dalam sanubari. Apa perasaan anda apabila membuatnya?
Kunci kekayaan #6
Jangan berhutang dan memberi hutang
Saya sendiri masih berhutang dengan kad kredit. Namun bebanan hutang sekarang tidaklah setinggi dahulu. Saya membuat hutang kad kredit bila mula-mula bekerja 2001. Tahun lepas baru nampak jalan keluar tahun depan baru habis rasanya. Kad kredit macam api, bila kecil boleh digunakan bila terlampau besar memakan diri dan harta benda. Kawal kad kredit, jangan membuat sebarang pembayaran denganya. Selain kad kredit membeli kenderaan dan rumah yang diluar kemampuan secara ansuran / hutang adalah suatu yang membebankan. Jangan memberi hutang diluar kemampuan. Kiranya hendak memberi juga berilah dalam bentuk sedekah. Untuk menyelesaikan hutang boleh membaca ‘ Mencari Jalan Pulang ‘
Kunci Kekayaan #7
Berdoa dan bertawakal
Setelah anda berusaha berdoa untuk mendapat rezeki dari Allah. Bersabar dalam mengumpul kekayaan. Kekayaan datang dan pergi dengan ketentuan allah.
Popularity: 9% [?]
Tags:
berdoa dan bertawakal,
duit,
harta,
kewangan,
kunci kekayaan,
memberi untuk menerima,
mencari jalan pulang,
money,
resepi,
resepi kewangan,
simpan sebahagian pendapatan,
tips,
tips for wealth,
wang,
wealth Category:
Financial Planning,
Resepi Kewangan 
Resepi Kewangan – Menguasai kewangan dan kehidupan ( Financial Planning ) Duit diperlukan dalam kehidupan seharian untuk membeli makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Semua orang memerlukanya termasuk saya sendiri. Apa yang penting kita harus menguasai duit dan bukan sebaliknya.
Kita dikuasai oleh duit sekiranya terbeban dengan hutang yang tinggi. Belanja bulanan melebihi darijumlah pendapatan. Bak kata orang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang penting ialah bertindak sekarang dalam menguasai duit.
Berikut adalah beberapa resepi kewangan untuk menguasai duit:
Resepi kewangan 1 – Menjejaki duit yang hilang
Menjejaki duit yang hilang adalah membuat catatan kesemua perbelanjaan dan penerimaan duit. Dengan membuat catatan, ini dapat membantu mengenalpasti kemana duit itu dibelanjakan dan berapa jumlahnya. Catatan perbelanjaan boleh dilakukan dengan apa saja antaranya
- buku 555
- menyimpan setiap resit pembelian
- membayar secara online
- catatan menggunakan perisian excell, quiken, mint dan sebagainya.
Resepi Kewangan 2 – Membuat perancangan kewangan
Menguasai duit memerlukan perancangan kewangan yang baik. Keseimbangan perlu ada dalam perbelanjaan dan simpanan. Fomula keseimbangan kewangan ( Balanced money formula ) oleh Elizabeth Warren dan Amelia Tyagi adalah satu contoh yang baik untuk mengawal perbelanjaan. Di sini duit akan dibahagikan kepada 3 kategori
Keperluan 50% – barang yang mesti ada seperti rumah, makanan, pakaian dll
Simpanan 20% – simpan untuk masa depan dan pesaraan
Kehendak 30% – membeli barang atau perkhidmatan yang kita suka tapi tidak kritikal dalam kehidupan harian. astro, internet, makan di restoran ( fast food ) dan sebagainya.
Saya menggunakan fomula ini untuk mengawal kewangan bulanan. Namun masih tidak dapatkeseimbangan kerana keperluan 60%, simpanan 25% dan kehendak 15%. Ini berlaku kerana banyak peratusan untuk membayar hutang. Bayaran tambahan dari ( minimum payment in credit card ) diketegorikan sebagai simpanan. Apa yang penting adalah anda mencari resepi kewangan anda sendiri ( You are your own chef )
Resepi Kewangan 3 – Jumlah perbelanjaan kurang dari jumlah pendapatan
Perbelanjaan hendaklah dikawal. Sekiranya belanja melebihi pendapatan sampai bila pun kita tidak akan dapat keluar dari belenggu hutang. Kawal perbelanjaan anda. Membeli dan berbelanja secara bijak. Tetapkan kategori belian anda, adakah ini keperluan ataupun kehendak. Kurangkan kehendak dan pelajari bagaimana untuk mendapat ketenangan dengan benda yang sedikit. ( less is more )
Resepi Kewangan 4 – Hapuskan hutang
Bayar kesemua hutang. Sama ada hutang kad kredit, hutang kereta, hutang rumah, hutang PTPTN dan sebagainya. Cari jalan pulang adalah artikel awal untuk keluar dari belenggu hutang. Hutang adalah seperti api dalam sekam menunggu sahaja untuk membakar kita dengan bebanan dan komitmen yang tinggi. Dalam proses penghapusan hutang perjalanan adalah berliku-liku dan susah. Walaupun sukar ia bukanlah mustahil. Dalam proses ini tindakan drastik mahupun sukar perlu diambil untuk mencari jalan pulang. Lakukan sesuatu yang dapat membantu anda kelular dari belenggu hutang. Ikutilah jalan yang jarang anda lalui ( the road less taken ) unutk mencapai matlamat anda. Hayatilah, jalan ini hanyalah bersifat sementara untuk mendapatkan kebahagiaan yang berpanjangan di kemudian hari.
Resepi Kewangan 5 – Memberi untuk menerima
Angka adalah nombor tetapi Satu riggit bukanlah nombor satu semata-mata. Dalam kewangan perbelanjaan dan duit melibatkan sikologi. Kita rasa lebih gembira apabila melihat duit simpanan bertambah, hutang berkurang. Namun kita juga harus belajar unutk memberi duit dengan bersedekah, membayar zakat dan sebagainya. Allah memberi rezeki kepada semua umatnya. Rasailah sendiri bagaimana perasaan anda untuk memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pemberian bukanlah dalam bentuk wang ringgit tapi boleh juga dari bentuk masa, tenaga dan perkhidmatan. Yang penting ialah keikhlasan untuk membantu dan mengharapkan balasan hanya dari allah.
Resepi Kewangan 6 – Mempertingkatkan ilmu kewangan
Amal tanpa ilmu gila dan ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Pelajarilah ilmu berkaitan kewangan dari buku, blog, televisyen dan sebagainya. Terdapat banyak buku berkaitan kewangan seperti azizi ali, blog kewangan seperti bebas hutang dan forum kewangan yang lain. Dalam buku Robert kiyosaki ada disebut berkaitan kepintaran kewangan ( financial intelligent ) walaupun saya tidak setuju secara keseluruhanya namun apa yang penting ialah dengan ilmu kewangan kita boleh menilai sama ada ianya berguna atau tidak.
Resepi Kewangan 7 – Menyimpan pendapatan.
Simpan duit, simpan duit, simpan duit. Simpan sebahagian duit anda untuk masa depan. Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari jumlah pendapatan. Ini dinyatakan sendiri oleh azizi ali dan juga buku ” Richest Man in Babylon” Simpan dulu duit anda kemudian baru berbelanja.
Tindakan akan mengatasi segala. Dengan apa yang ada bertindaklah sekarang walaupun sedikit. Jangan berrtangguh kerana demi masa manusia dalam kerugian.
Popularity: 10% [?]
Tags:
control money,
duit,
financial,
Financial Planning,
hapuskan hutang,
ilmu duit,
jemlah perbelanjaan kurang dari jumlah pendapatan,
kuasai duit,
kuasai kewangan,
life and money,
memberi untuk menerima,
mempertingkatkan ilmu kewangan,
menjejaki duit yang hilang,
money,
perancangan kewangan,
resepi kewangan,
Resepi Kewangan - Menguasai kewangan dan kehidupan,
simpan pendapatan,
wang Category:
Debt / Credit Card,
Resepi Kewangan