Takaful system is based on mutual co-operation, responsibility, assurance, protection and assistance between groups of participants. In other words, it is the provision of shared contributions to help those who are in need.

Each people and family have their own needs. Therefore their insurance coverage also different. Here is a basic guideline to calculate or analize your needs. The approach that we take here is to have

* 1 year of expenses coverage – taken from surah al-baqarah 240 ( 1 year salary )
* funeral expenses ( rm3000 – rm5000 depends on location
* credit card debt

Example.
K have a salary of rm3000 monthly and credit card debt of rm5000

Using basic takaful need analysis
Takaful benefit coverage needed = 1 year salary + funeral expenses + credit card debt
= ( 3000×12 ) + 4000 + 5000
= rm45,000.00

Hopefully this basic analysis can help you to evaluate your takaful coverage.

Popularity: 14% [?]

Saja gunakan perkataan pengorbanan dalam artikel ini. Kalau guna perkataan “perubahan” dah biasa ia dah jadi macam senang sangat lumrah. Kalau macam saya nie benda benda yang luar biasa ditinggalkan untuk masa hadapan kenalah letak pengorbanan. Baru rasa teruja sikit bersemangat nak buat, kerana duit bukanlah matematik semata-mata tapi juga minda dan perasaan.

Berpuluh kali buat kiraan nak mengkayaan diri dengan duit. macam macamlah dikiranya. buat duit guna od. guna od asb, beli rumah jual rumah, beli lelong pastu jual. jenuh juga mengira. Betul saya perkatakan dengan pekerjaan dan perniagaan yang betul boleh menghasilkan pendapatn lumayan. Tapi kalau buat duit jer pandai tapi poket asyik bocor kiri kanan depan belakang. lesap jugak duit aku tu.

Oleh kerana perancangan menambah duit asyik lebur jer seperti perniagaan tak jadi, masuk forex pun lebur jadi aku mula mengurangkan kebocoran poket aku. Pengorbanan dibuat atas benda yang aku tahu jer. Yang tak tahu aku masih tawakal jer.

Pengorbanan dalam perancangan kewangan yang dibuat. ( the road less taken )

-Tiada ASTRO
-Tiada makan luar di “fasf food” rasanya KFC tu bulan mac 2010 ni bulan okt 2010

-Tiada old town white coffe, starbuck dll ( kekadang beli jugak kopi kluang station tapi beli serbuk kopi jer buat kat umah – boleh buat banyak kali )
-Kurang pergi bersiar-siar
-Beli / sewa rumah kecil.
-Guna kereta yang kecil ( kancil )
-Kurang minum teh tarik banyak minum air suam jer sekarang
-Lebih banyak bawa motosikal dari kereta

Dengan mengaggap perubahan kecil ini satu pengorbanan ia akan menaikkan semangat untuk mengawal kewangan. Saya akui bila keadaan semakin baik dengan tiada lagi hutang kad kredit dan bebanan hutang yang tinggi mungkin akan ubah beberapa perkara. Antaranya beli kereta lebih besar ker. Tapi buat masa ni pengorbanan ini saya lakukan untuk merealisasikan matlamat saya yang lebih besar. Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Cari resepi kewangan anda sendiri dan realisasikanya dengan tindakan, keazaman, kesabaran dan doa.

Kiranya anda sudi senaraikan pengorbanan yang anda lakukan untuk merealisasikan impian anda. Terima kasih

Popularity: 12% [?]

Latest list for Base Lending Rate ( BLR ) in Malaysia. October 2010

No. Banking Institution

With Effect From

BLR (% p.a.)

1 Affin Bank Berhad

13/07/2010

6.30

2 Alliance Bank Malaysia Berhad

13/07/2010

6.30

3 Alliance Islamic Bank Berhad

13/07/2010

6.30

4 AmBank (M) Berhad

13/07/2010

6.30

5 Bangkok Bank Berhad

14/07/2010

6.30

6 Bank of America Malaysia Berhad

13/07/2010

6.30

7 Bank of China (Malaysia) Berhad

14/07/2010

6.30

8 Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad

14/07/2010

6.00

9 CIMB Bank Berhad

13/07/2010

6.30

10 Citibank Berhad

13/07/2010

6.30

11 Deutsche Bank (Malaysia) Berhad

15/07/2010

6.30

12 EON Bank Berhad

14/07/2010

6.30

13 Hong Leong Bank Berhad

14/07/2010

6.30

14 HSBC Bank Malaysia Berhad

13/07/2010

6.30

15 J.P. Morgan Chase Bank Berhad

15/07/2010

6.20

16 Malayan Banking Berhad

13/07/2010

6.30

17 OCBC Bank (Malaysia) Berhad

13/07/2010

6.30

18 Public Bank Berhad

13/07/2010

6.30

19 RHB Bank Berhad

13/07/2010

6.30

20 Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

13/07/2010

6.30

21 The Bank of Nova Scotia Berhad

14/07/2010

6.30

22 The Royal Bank of Scotland Berhad

15/07/2010

6.00

23 United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

13/07/2010

6.30

Last updated: 01/10/2010

Popularity: 25% [?]

Under BNM guidelines, a single loan repayment should not exceed 1/3 of your gross salary and all combined loan repayments cannot exceed 1/2 of your monthly gross pay.

If your monthly salary is not enough, perhaps the annual bonus can help, say monthly salary is RM3K with one month bonus, then your annualised monthly pay is

With Bonus RM3K * 12 months + RM3K (one month bonus) / 12 = RM3,250.
Max monthly repayment = RM3,250 * 1/3 = RM1,072 rounded down to RM1,070.

Without Bonus Max monthly repayment = RM3K * 1/3 = RM1,000

However, it does not help if based on the CCRIS you have a lot of outstanding Credit Card debts.

Popularity: 14% [?]

Menjejaki duit yang hilang menggunakan excel-aliran-tunai-cash-flow

Duit macam ” choc fudge ” kejap ada kejap tak ada. Yang lebih memeningkan kepala ialah duit itu lesap begitu saja.   Tidak tahu kemana perginya. Saat nak masuk gaji tu rasa macam gembira sahaja sebab nak dapat duit. Masuk duit sebulan sekali memang saat yang dinantikan. Yang tak seronok masuk duit sekali tapi keluar berkali-kali. Bayar sewa rumah, belanja makan, beli baju dan sebagainya. Seminggu selepas gaji dah sengkek. Aik kemana duit aku pergi, poket aku bocor ker duit dah habis ni.

Oleh kerana tak sanggup lagi sengkek pertengahan bulan aku mula menjejaki duit yang hilang. Heheheh bukan buat apapun hanya mencatat dimana perbelanjaan dibuat. Makan apa, bayar bil apa, belanja apa, baiki kereta ker, baiki motor ker. Kira membuat kesemua catatan berkaitan duit. duit terima dan duit yang dibelanjakan.

Antara yang dibuat

-buat catatan guna buku kecil 555

-simpan semua resit belian ( termasuk beli kat kedai runcit)

-resit baiki kereta

Setelah catatan dibuat, seminggu sekali ataupun kalau tengah rajin hari-hari update kat dalam perisian excel EXCEL PEGURUSAN ALIRAN TUNAI. Letih buat kerja nie dah laa byk, resit dah jadi macam sampah pulak. Tapi takpe pasal aku nak menjejaki duit yang hilang.

EXCEL ni aku dah buat selama 6 bulan. oklah juga takderla serabut sangat. Dari sini aku tahu kemana duit aku dibelanjakan. Dari kebocoran yang besar seperti membaiki kereta dan bayar kad kredit kepada kebocoran kecil seperti tiap-tiap hari teh tarik. 5 kali teh tarik setiap hari. Apa kesnyer nie bila nak mula menyimpan.

Dengan menjejaki duit yang hilang saya buat beberapa perubahan dalam kewangan. Kurangkan teh tarik dari 5 kepada 1. Saya suka ada internet oleh itu ambil pakej paling murah. Perlahan takper janji boleh tengok website dan email. ASTRO adalah kehendak jadi tiadalah astro kat rumah yang ada 101,102,103,107,109. Bolehlah. Oleh kerana kuat makan jadi kurangkan makan kat luar. Makan mesti makan bagi sihat dan kuat cuma takderlaa kat KFC, mcdonanld.makan kat rumah ker, tapau ker, gerai ker. tapi kebanyakan kat rumh laaa.

Menjejaki duit yang hilang membolehkan kita membuat perancangan. Mulakan menguasai kewangan anda dengan menjejaki duit yang hilang.

Popularity: 10% [?]

Bajet 2011 dibaca pada 15 oktober 2010.

Petikan diambil dari berita harian. 15 oktober 2010. Yang dirasakan perlu diberi perhatian ” BOLD”

Intipati Bajet 2011

2010/10/15

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan “Talent Corporation” di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Mewujudkan “Portal 1Malaysia Pengguna Bijak”.

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

* Melancarkan Dana Pencen Swasta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli. – BERNAMA

Popularity: 9% [?]

Designed by DuitMoney.com