
Selepas tamat belajar bermulalah alam sebenar iaitu pekerjaan. Disini kita mula bekerja untuk mendapatkan wang dan mula berdikari. Selama ini mungkin dibantu dengan duit dari ibu bapa, PTPTN, jpa, mara atau sebagainya kini kita telah berdikari.
Kita mula berbelanja termasuk saya sendiri, membeli barang berjenama, selalu makan di mcdonald mahupun kfc. Memiliki kad kredit dan mula membeli barangan secara kredit. Membeli barangan elektronik seperti telefon bimbit, komputer dan sebagainya. Terasa seperti dunia ana yang punya.
Setelah sekian lama bekerja duit tidak pun bertambah dalam bank. Barang makin bertambah. Komitmen makin bertambah dengan bil telefon bimbit, sewa rumah dan sebagainya. Apa yang paling membimbangkan ialah hutang kad kredit dan hutang peribadi semakin bertambah.
Hutang yang semakin meningkat menjadi bebanan. Saya perlu bertindak segera dengan membuat pilihan yang betul dan mencari jalan pulang. Mencari jalan supaya seperti mula-mula keluar dari belajar. TANPA HUTANG dan hati yang tenang.
Resepi mencari jalan pulang:-
Belajar mengenai perancangan kewangan
mula membaca buku mengenai perancangan kewangan peribadi. membaca blog-blog kewangan peribadi. menonton rancangan berkaitan pengurusan kewangan dan sebagainya.
Membuat catatan aliran tunai ( menjejaki duit yang hilang )
buat catatan atas setiap pembelian dan pembayaran dengan menyimpan resit. mengawal perbelanjaan dan pembelian.
Berhenti dari membuat hutang
Tiada lagi pembayaran bil secara otomatik melalui kad kredit. Terus berhenti dari menggunakan kad kredit. Menukar pelan telefon dari ( post paid ) kepada ( pre-paid) Tiada lagi astro.
Menambah pendapatan dan kurang berbelanja
Membuat kerja tambahan di tempat kerja. Kurang makan di luar. Kurang berjalan-jalan.
Mendapatkan bantuan
Bantuan ada dalam pelbagai bentuk. Kita boleh mendapakan bantuan dari rakan dari segi idea menambah pendapatan ataupun pengawalan belanja. mendapat sokongan moral.
Menggunakan kemudahan yang ada
Dari menggunakan kereta mungkin kita boleh menggunakan pengangkutan awam. Bagi saya kini saya menggunakan perpustakaan untuk mendapat bahan bacaan. Dari membeli buku baik saya membaca dan meminjam dari perpustakaan secara PERCUMA
Membuat matlamat
Matlamat mestilah jelas dan boleh dikecapi. Bagi saya matlamat adalah bebas dari hutang kad kredit sebelum jun 2011. Perancangan dan perubahan yang dibuat mestilah kearah matlamat yang dicita.
Membuat perubahan sekarang
Perubahan mestilah dibuat sekarang bukan esok bukan lusa dan sebagainya. Cita-cita atau harapan tanpa tindakan adalah perbuatan sia-sia. Buatlah perubahan mahupun sedikit kearah matlamat anda. Kadang kala ianya kurang selesa namun ia perlu untuk mengejar matlamat anda yang lebih besar. ( The road less taken )
Kesedaran perlu ada dalam mencari jalan pulang dan mencari matlamat hidup / kewangan anda. Tiada siapa yang ingin terbeban dengan hutang sepanjang hayat. Cuba fikirkan kaedah yang terbaik dalam menguasai kewangan anda. Tiada tindakan yang salah cuma kegagalan pasti tiba kepada mereka yang tidak berusaha. Lakukanlah tindakan walaupun sedikit kerana ianya bermula secara perlahan-lahan.
Popularity: 10% [?]
Tags:
aliran tunai,
berhenti buat hutang,
buat perubahan sekarang,
dapatkan bantuan,
duit,
hutang,
kewangan,
membuat matlamat,
perancangan kewangan,
resepi kewangan,
Resepi Kewangan - Mencari Jalan Pulang ( The path finder ),
resepi mencari jalan pulang,
tanpa hutang,
the path finder,
the road less taken Category:
Debt / Credit Card,
Resepi Kewangan

Resepi kewangan yang dibawa dalam Duit Money bukanlah skim untuk menjana pendapatan dengan banyak mahupun cepat. Bukanlah juga untuk menjadi cepat kaya atau mengejar kekayaan semata-mata. Resepi kewangan lebih mirip kepada keseimbangan dalam berbelanja dalam kehidupan seharian.
Resepi kewangan resepi anda. Ini kerana setiap individu mahupun keluarga mempunyai pandangan yang berbeza dan kemampuan berbeza dalam perbelanjaan. Dengan menilai pendapatan dan status kewangan, kita dapat menilai dan membuat resepi kewangan masing-masing. Resepi kewangan kita tidak boleh berpandukan status kewangan orang lain kecuali diri sendiri.
Dalam kehidupan seharian keseimbangan adalah penting. Ada masanya untuk bekerja, ada masa untuk makan, ada masa untuk beribadah dan ada masa untuk berehat. Begitu juga dalam perancangan kewangan.
Tanpa kita sedari, sebenarnya kita telah mengikut model perancangan kewangan islam. Sila perhatikan ini:
i) anda bekerja / berniaga untuk mencari duit ( WEALTH CREATION )
ii) menyimpan duit dalam tabung haji, asb, bank ( WEALTH ACCUMULATION )
iii) mengambil takaful / insuran nyawa, am, kesihatan ( WEALTH PROTECTION )
iii) membuat penamaan dalam KWSP dan menulis wasiat ( WEALTH DISTRIBUTION )
iv) membayar zakat, bersedekah, amal jariah ( WEALTH CLEANSING )
Secara tidak lansung kita semua menggunakan Model Perancangan Kewangan Islam sebagai asas pengurusan kewangan. Apa yang penting sekarang ialah mencari keseimbangan dalam pengurusan kewangan.
Dalam Duit Money kita akan cuba mengupas persoalan ini dengan lebih lanjut. Menguraikan yang kusut, menjernihkan yang kelam.
Resepi Kewangan adalah resepi anda kerana anda sahaja mengetahui kedudukan kewangan. Dan anda sahaja yang mampu mengubah untuk memenuhi keperluan dan kemahuan kewangan.
Popularity: 8% [?]
Tags:
duit,
duit money,
Financial Planning,
Financial planning - You are your own CHEF ),
islamic financial model,
kewangan islam,
model perancangan kewangan islam,
money,
resepi kewangan,
Resepi Kewangan Resepi Anda,
wang Category:
Financial Planning,
Resepi Kewangan
Pengiraan jadual bayaran balik pinjaman pelajar ( PTPTN ) boleh didapati di laman PTPTN. http://www.ptptn.gov.my/web/guest/loan_calc
Kalkulator ini hanyalah sebagai anggaran sahaja. Ianya boleh dimuat turun ( download ) secara percuma dan digunakan pada bila-bila masa.
Sila klik sini untuk muat turun: Kalkulator bayaran balik PTPTN 
Popularity: 7% [?]
Artikel ini diambil dari BERNAMA 23 September 2010
SINTOK, 23 Sept (Bernama) — Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.
“Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.
“Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun pada dasarnya kerajaan telah bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.
Malah kata Mohamed Khaled, jika dilaksanakan ia mungkin hanya diwajibkan ke atas peminjam baru manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah sedia ada.
Selain itu kata beliau, pihaknya juga akan menetapkan gaji minima bagi membolehkan pemotongan dibuat.
Baru-baru ini PTPTN dilapor akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.
Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said dilapor berkata semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui LHDN.
Sementara itu, mengenai rungutan sesetengah peminjam bahawa mereka masih menanggung kos pentadbiran sebanyak tiga peratus walaupun PTPTN telah mengurangkannya kepada satu peratus, Mohamed Khaled berkata langkah penyeragaman tersebut akan mengambil masa.
Ini kerana katanya, PTPTN terpaksa menyemak satu persatu dokumen lebih 1.5 juta peminjam. “Setiap peminjam buat bayaran tak sama, ada yang lebih ada yang kurang, jadi kita kena kira satu-satu sebab tu ambil masa sikit nak tukar dari tiga peratus kepada satu peratus.
“Yang penting jangan risau sebab caj satu peratus itu memang telah dilaksanakan,” katanya. Mohamed Khaled sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia dan University of Nottingham, Malaysia Campus.
– BERNAMA
penekanan duit money:
i) potongan gaji dijangka dibuat pada 2013 ( buat perancangan awal untuk bersedia bayar PTPTN melalui potongan gaji )
ii) penurunan kos pentadbiran dari 3% ke 1% ( ambil peluang yang ditawarkan – cepatlah menghubungi PTPTN untuk menukar kos pentadbiran anda.
Popularity: 5% [?]
Tags:
bayar,
bayar ptptn,
Bayar PTPTN Melalui Potongan Gaji Dijangka Bermula Pada 2013,
Bayaran balik pinjaman,
deduction for ptptn,
Lembaga Hasil Dalam Negeri,
LHDN,
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
potongan gaji,
potongan gaji ptptn,
PTPTN,
ptptn 2013,
Salary Deduction For PTPTN Borrowers To Start In 2013 Category:
Student Education Loan / PTPTN

Suka duka, pahit manis adalah asam garam kehidupan. Saya mengalaminya dan awak juga merasainya. Walaupun kedukaan itu amat perit namun jalan keluar akan ada. Jangan bersedih kerana kegembiraan itu pasti datang. Seperti malam bertukar siang, seperti pagi menanti petang.
Saya akui masalah kewangan pernah menghantui saya. Dengan hutang kad kredit, hutang peribadi dan hutang perniagaan. Anggaran keseluruhan hutang saya adalah rm12,000.00. Umur pun dan 28 ( 2006) pada ketika itu dan aset pun tiada. Apabila kesedaran timbul saya terus mengambil langkah keluar dari bebanan hutang.
Langkah yang saya ambil atau resepi bayar hutang kad kredit dan hutang yang saya ikuti adalah:
a. Mencari sebab kenapa saya boleh berhutang
b. Langkah-langkah membayar hutang
a.mencari sebab kenapa saya boleh berhutang
perniagaan yang tidak menguntungkan. perniagaan boleh memberi pulangan yang baik cuma perniagaan saya jer yang tidak untung iaitu pusat siber. saya mengenalpasti ini sebab utama saya dengan bil elektrik dan internet yang tinggi ( guna ISDN )
Belian tidak terkawal ( compulsive spending ) suka membeli tanpa memikir dengan panjang. Ada komputer baru terus saja membeli dan beli alatan sampingan. Membeli motor RXZ dimana ianay bukan keperluan tapi kehendak.
Membuang masa dengan bermain komputer ( video game, online game ) hutang bermain komputer tidaklah banyak mana tetapi masa yang terbazir itu seharusnya saya boleh mengusahakan untuk menambah pendapatan untuk perniagaan
langkah-langkah membayar hutang
1. menanamkan keazaman membayar hutang dan doa ( there is a will there is a way )
mulanya saya letakkan niat untuk membayar semua hutang saya. kemudian saya berdoa agar dapat pertolongan untuk keluar dari beban hutang.
2. mencari pekerjaan dan bekerja – saya kemaskini resume saya dan mula mencari kerja. Guna jobstreet, JobDB dan sebagainya. Akhirnya dapat dan mula bekerja.
3. menutup perniagaan – perniagaan lama itu masih membebankan lalu saya tutup. Ya memang saya rugi tapi saya perlu bertindak. ( Cut Your Losses )
4. pertingkatkan ilmu kewangan – mula membaca tentang buku kewangan, blog kewangan dan lain-lain. mempelajari kaedah menggunakan kad kredit, membaca penyata kad kredit.
5. mengawal perbelanjaan – membuat catatan mengenai perbelanjaan menggunakan catatan aliran tunai. tulis di merata tempat, simpan resit dll. Tujuanya untuk mencari kemana duit saya dibelanjakan ( mencari duit yang hilang )
6. bayar hutang kad kredit – kad kredit ini saya menggunakan kaedah pindahan wang ( balance transfer ) saya akui ini bukanlah kaedah paling baik. Tapi inilah langkah yang saya gunakan.
Diatas adalah langkah-langkah atau resepi yang saya gunakan untuk mengurangkan hutang. Kini hutang kad kredit saya kurang dari rm500. Hutang pinjaman peribadi kurang dari rm5000. Ya saya mengambil masa yang lama.
Saya berharap para pembaca boleh berkongsi idea dengan saya bagaimana anda melakukanya. Terima Kasih
Popularity: 8% [?]
Tags:
balance transfer,
bayar hutang,
bayar hutang kad kredit,
bayar kad kredit,
bebas hutang,
credit card debt,
debt,
Debt / Credit Card,
doa,
Financial Planning,
get out of debt,
hutang,
kad kredit,
mengawal belanja,
pay,
pay credit card,
pinjaman peribadi,
reduce debt,
resepi kewangan Category:
Debt / Credit Card,
Resepi Kewangan

Model Perancangan Kewangan Islam merangkumi
Penghasilan Harta
Pengumpulan Harta
Perlindungan Harta
Pembahagian Harta
Penyucian Harta
Popularity: 5% [?]