Menjejaki duit yang hilang menggunakan excel-aliran-tunai-cash-flow ![]()
Duit macam ” choc fudge ” kejap ada kejap tak ada. Yang lebih memeningkan kepala ialah duit itu lesap begitu saja. Tidak tahu kemana perginya. Saat nak masuk gaji tu rasa macam gembira sahaja sebab nak dapat duit. Masuk duit sebulan sekali memang saat yang dinantikan. Yang tak seronok masuk duit sekali tapi keluar berkali-kali. Bayar sewa rumah, belanja makan, beli baju dan sebagainya. Seminggu selepas gaji dah sengkek. Aik kemana duit aku pergi, poket aku bocor ker duit dah habis ni.
Oleh kerana tak sanggup lagi sengkek pertengahan bulan aku mula menjejaki duit yang hilang. Heheheh bukan buat apapun hanya mencatat dimana perbelanjaan dibuat. Makan apa, bayar bil apa, belanja apa, baiki kereta ker, baiki motor ker. Kira membuat kesemua catatan berkaitan duit. duit terima dan duit yang dibelanjakan.
Antara yang dibuat
-buat catatan guna buku kecil 555
-simpan semua resit belian ( termasuk beli kat kedai runcit)
-resit baiki kereta
Setelah catatan dibuat, seminggu sekali ataupun kalau tengah rajin hari-hari update kat dalam perisian excel EXCEL PEGURUSAN ALIRAN TUNAI. Letih buat kerja nie dah laa byk, resit dah jadi macam sampah pulak. Tapi takpe pasal aku nak menjejaki duit yang hilang.
EXCEL ni aku dah buat selama 6 bulan. oklah juga takderla serabut sangat. Dari sini aku tahu kemana duit aku dibelanjakan. Dari kebocoran yang besar seperti membaiki kereta dan bayar kad kredit kepada kebocoran kecil seperti tiap-tiap hari teh tarik. 5 kali teh tarik setiap hari. Apa kesnyer nie bila nak mula menyimpan.
Dengan menjejaki duit yang hilang saya buat beberapa perubahan dalam kewangan. Kurangkan teh tarik dari 5 kepada 1. Saya suka ada internet oleh itu ambil pakej paling murah. Perlahan takper janji boleh tengok website dan email. ASTRO adalah kehendak jadi tiadalah astro kat rumah yang ada 101,102,103,107,109. Bolehlah. Oleh kerana kuat makan jadi kurangkan makan kat luar. Makan mesti makan bagi sihat dan kuat cuma takderlaa kat KFC, mcdonanld.makan kat rumah ker, tapau ker, gerai ker. tapi kebanyakan kat rumh laaa.
Menjejaki duit yang hilang membolehkan kita membuat perancangan. Mulakan menguasai kewangan anda dengan menjejaki duit yang hilang.
Popularity: 10% [?]
Category: Financial Planning, Resepi Kewangan, Tools

