This video gives a brief insight into the world of the book, “MONEY $ENSE, Getting Smart With Your Money”.

Popularity: 6% [?]

ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.00 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.75 SEN SEUNIT

***** Dividen ASB 2008 – 8.75 sen seunit *********

15 Disember 2008

KUALA LUMPURAmanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad ( PNB ) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 7.00 sen seunit dan bonus 1.75 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008.

Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM4.22 bilion, hampir sama dengan jumlah yang diperuntukkan bagi pengagihan pendapatan ASB pada 2007.

Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM678.03 juta oleh PNB.

Pengerusi PNB , Tun Dato’ Seri Ahmad Sarji berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 6.56 juta pemegang unit yang kini melanggan 62 bilion unit ASB.

Read the rest of this entry »

Popularity: 7% [?]

Masih ramai di antara kita yang terkeliru di antara Amanah Saham Bumiputera dan Unit Amanah Saham Swasta (Unit Trust). Ada yang mengatakan bahawa :
1) Melabur di Unit Amanah Saham Swasta lebih menguntungkan berbanding dari Amanah Saham Bumiputera.
2) Melabur di Unit Amanah Saham Swasta berhadapan dengan risiko kerugian yang besar dan duit hangus begitu sahaja.

Bukannya untuk membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan untuk kedua-dua jenis pelaburan ini. Bukannya untuk membuktikan yang mana satu lebih menguntungkan dan merugikan. Sebaliknya, sebagai seorang pelabur kita harus tahu pengetahuan dan perkara-perkara asas di dalam sesuatu pelaburan tersebut.

Seharusnya, seorang pelabur yang bijak harus ambil tahu tentang profail dana, prestasi, risiko sesuatu pelaburan tersebut dan bukannya hanya mengikut apa yang telah disampaikan oleh orang dari mulut ke mulut dan seterusnya kita pun mempercayainya tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Read the rest of this entry »

Popularity: 6% [?]

MAKLUMAT TABUNG

Nama Tabung SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)
Jenis Pertumbuhan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 20 April 1981
Objektif Bagi menjana pulangan yang berpatutan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada pemegang-pemegang unit melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio.
 
Pelabur Sasaran Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mencari peningkatan modal bagi jangka masa sederhana ke panjang
Kelayakan Warganegara Malaysia Bumiputera 18 tahun ke atas
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad

MAKLUMAT URUSNIAGA

Harga Seunit Harga Jualan dan belian adalah pada NAB seunit. Pemegang unit akan dikenakan caj jualan pada kadar 5% seunit.
Bentuk Pelaburan
  • Buku Pelaburan
  • Sijil
Pelaburan Permulaan Minimum
  • Buku Pelaburan – 10 unit
Pelaburan Tambahan Minimum
  • Buku Pelaburan – 1 unit
  • Sijil – Gandaan 1,000 unit
Pelaburan Maksimum Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung.
Saiz Tabung 2.5 bilion unit.
Caj Jualan 5% dari NAB seunit.
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik Serta merta
Tempoh Bertenang Tiada
Tahun Kewangan Berakhir Disember 31

PRESTASI TABUNG

Tahun Berakhir 31 Disember
2005
2006
2007
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen)
5.50
5.50
6.25
Jumlah Pulangan (%)
(3.13)
35.60
28.03
NAB Tertinggi (RM)
0.6764
0.7910
0.9979
NAB Terendah (RM)
0.6185
0.5837
0.7793

Sumber: Petikan dari laporan tahunan Sekim Amanah Saham Nasional yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah. Read the rest of this entry »

Popularity: 6% [?]

Untung atau rugi buat ASB loan ini? Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya samada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.

Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).

Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.

Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.
Contoh: dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.

Cara A – Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman

Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM 7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun)
Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun. Untung atau rugi?

Read the rest of this entry »

Popularity: 17% [?]

I just started to check into Unit trust. One of it is CIMB Co Unit Trust. Ok, let’s start. Quote from a CIMB wealth advisor

CIMB ini ada menyediakan 2 jenis fund iaitu Islamic Fund and Conventional Fund. Our funds do really fantastic & we give really a big room of choices to our investor. Antara benefit dia termasuklah:

1) professional investment services – selalu dimonitor
2) spreading the investment – pelaburan tu akan dipecah-pecahkan ke potential stok market atau eligible market, with lesser risk.
3) affordable – rendah initial investmentnya
4) convenience – senang nak jual balik unit tu, kita akan send annual report untuk mengetahui perkembangan unit tu.
5) liquidity – boleh jual balik on any business day.

so, siapa-siapa yang berminat, ada 2 cara untuk anda melabur, iaitu

Read the rest of this entry »

Popularity: 7% [?]

Designed by DuitMoney.com