Resepi kewangan yang dibawa dalam Duit Money bukanlah skim untuk menjana pendapatan dengan banyak mahupun cepat.  Bukanlah juga untuk menjadi cepat kaya atau mengejar kekayaan semata-mata. Resepi kewangan lebih mirip kepada keseimbangan dalam berbelanja dalam kehidupan seharian.

Resepi kewangan resepi anda. Ini kerana setiap individu mahupun keluarga mempunyai pandangan yang berbeza dan kemampuan berbeza dalam perbelanjaan. Dengan menilai pendapatan dan status kewangan, kita dapat menilai dan membuat resepi kewangan masing-masing. Resepi kewangan kita tidak boleh berpandukan status kewangan orang lain kecuali diri sendiri.

Dalam kehidupan seharian keseimbangan adalah penting. Ada masanya untuk bekerja, ada masa untuk makan, ada masa untuk beribadah dan ada masa untuk berehat. Begitu juga dalam perancangan kewangan.

Tanpa kita sedari, sebenarnya kita telah mengikut model perancangan kewangan islam. Sila perhatikan ini:

i) anda bekerja / berniaga untuk mencari duit ( WEALTH CREATION )
ii) menyimpan duit dalam tabung haji, asb, bank ( WEALTH ACCUMULATION )
iii) mengambil takaful / insuran nyawa, am, kesihatan ( WEALTH PROTECTION )
iii) membuat penamaan dalam KWSP  dan menulis wasiat ( WEALTH DISTRIBUTION )
iv) membayar zakat, bersedekah, amal jariah ( WEALTH CLEANSING )

Secara tidak lansung kita semua menggunakan Model Perancangan Kewangan Islam sebagai asas pengurusan kewangan. Apa yang penting sekarang ialah mencari keseimbangan dalam pengurusan kewangan.

Dalam Duit Money kita akan cuba mengupas persoalan ini dengan lebih lanjut. Menguraikan yang kusut, menjernihkan yang kelam.

Resepi Kewangan adalah resepi anda kerana anda sahaja mengetahui kedudukan kewangan. Dan anda sahaja yang mampu mengubah untuk memenuhi keperluan dan kemahuan kewangan.

Popularity: 8% [?]

Model Perancangan Kewangan Islam merangkumi

Penghasilan Harta
Pengumpulan Harta
Perlindungan Harta
Pembahagian Harta
Penyucian Harta

Popularity: 5% [?]

Ini bukanlah penerangan mengenai Model Perancangan Kewangan Islam. Apa yang ingin saya gambarkan ialah Resepi Kewangan ini menggunakan 5 faktor dalam perancangan kewangan iaitu:

Resepi Penghasilan Harta
Resepi Pengumpulan Harta
Resepi Perlindungan Harta
Resepi Pembahagian Harta
Resepi Penyucian Harta

Persepsi setiap insan terhadap harta dan duit adalah berbeza-beza. Ada yang suka mengumpul duit sahaja, ada yang suka mengumpul aset seperti rumah, tanah dan emas. Ada yang suka bebelanja untuk memperkayakan kehidupan dan lain-lain. Kesemua kesukaan ini bukanlah suatu kesilapan dalam perancangan kewangan malahan satu hikmah dimana kita dapat menikmatinya sekarang. Namun begitu perancangan kewangan yang baik merangkumi aspek yang lebih menyeluruh. Menikmati kesenangan masa kini dan beringat untuk memenuhi keperluan masa depan.

Resepi Penghasilan Harta
Bekerja – pekerjaan membolehkan kita memperolehi duit dan harta. Oleh kerana persaingan mendapatkan kerja adalah sengit kita mestilah melengkapkan diri sebelum memulakan kerja. Melengkapkan diri dengan pelajaran, kemahiran dan sikap bekerja yang positif

Bercucuk tanam – Menabur budi pada tanah akan memperolehi pulangan. Persiapkan diri untuk bekerja keras dan bersabar dalam menanti pulangan.

Menternak – menternak lembu, ayam mahupun ikan memerlukan ilmu dan ketekunan. Bersedialah untuk melabur pada masa dan keringat

Berniaga – 9/10 dari sumber rezeki datangnya dari perniagaan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan cekal menghadapi rintangan.


Resepi Pengumpulan Harta

Pengumpulan harta boleh dilakukan dangan membuat simpanan berkhemah di dalam bank, tabung haji, ASB dan lain-lain. Melabur dalam unit amanah

Resepi Perlindungan Harta
Takaful adalah satu instrumen perlindungan harta. Takaful nyawa, Takaful Pendidikan, Takaful Kesihatan dan Takaful Am

Resepi Pembahagian Harta
Pembahagian Harta boleh dilakukan secara faraid ataupun menggunakan wasiat, hibah dan wakaf


Resepi Penyucian Harta

Penyucian harta boleh dilaksanajan dengan menunaikan zakat, sedekah, amal jariah dan pelbagai lagi. Zakat yang dimaksudkan adalah zakat fitrah, zakat harta, zakat pendapatan, zakat emas dan perak, zakat simpanan dan zakat perniagaan

Popularity: 4% [?]

Designed by DuitMoney.com