Untung atau rugi buat ASB loan ini? Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya samada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.
Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).
Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.
Contoh: dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.
Cara A – Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM 7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun)
Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun. Untung atau rugi?
Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga,future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = 102,850. Dah lebih 100,000 dah.
Cara B – Belanjakan Dividen setiap tahun dan maintain membayar bulanan kpd loan
Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun adalah RM 175,359 (kos)
Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit
ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+)
Duit Yang Diterima => RM 240,000
Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM175,359 shj.
Untung pada mata kasar ==> RM 64,641
Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar.
Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 !
Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’
Total Value jika anda simpan sendiri => RM 383,018 Total gain kalau anda ambil loan = RM 240,000 (-)
Kehilangan Keuntungan RM143,018
Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !
Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM 175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB
adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.
Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.
Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.
Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang.
Disclaimer: This article was not written by me!
Popularity: 17% [?]
------------------------------------------------------------------------Related post:


Izinkan saya add sedikit lagi maklumat – pernah diskus dengan rakan pasal bende ni – RM100,000 yg kita ambil sekarang tak sama “value” nya dengan RM100,000 20 tahun dari sekarang. Ini adalah salah satu sebab ramai yg kata ambik loan buat ASB ni mcm tak untung.
Saya masih mencari-cari maklumat dari PNB pasal bende ni – setakat ni depa tak ada bagi endorsement atau disagreement secara telus.
Sekian
AzmanMA
Memang kalau sendiri kira , you will see the actual difference if for RM200K loan for investment. Actual with the same amount of monthly investment to ASB you can get more than RM300K.
WOW!! a Hundred thousand difference just maintaining your strict financial planning.
Dengan kadar inflasi yg tinggi kuasa belian semakin berkurangan (purchasing power ) oleh itu saya rasa loan untuk simpan dlm ASB kurang menguntungkan.
Boss,
Macamana dengan berikut :
CARA C :
1st year bayar 731×12=8772
2nd year bayar 8772-7000(dividen) = 1772, continue selama 19 tahun = 1772 x 19 = 33668
total bayar = 5000(deposit)+8772(1st year)+33668(2nd-20yr) = 47440
so, kita hanya gunakan 47440 utk dapatkan 100000,…..kita x rugi kan
ASB loan boleh membawa keuntungan dlm jangka masa panjang. Bagi Cara C diatas juga boleh dipraktikkan..
laaa,mmg la simpan ASB loan rugi..semua org tahu..tp kenapa perlu meminjam ASB loan?
sebab simpanan paksa
try la maintain simpan ASB ikut installment
cara korang kira tu salah..sebab tu korang pk rugi..tgk kiraan C tu mcm mana..tenung2 kan.
tp klu nk di ikutkan hati tu mampu menyimpan 731 sebulan (first dalam buku RM 731)..ermm buat simpanan biasa dekat asb, selama 20thn starting jan 2011- jan 2031 jumlah dalam asb degan dividend average 7% setiap tahun x termasuk bonus ialah rm408K……
cara C tue yang kite bley dapatkan kat bank tue ke? Means deviden kite putar semula bayar laon tue ke? cth: monthly 429×12=5,148, deviden kite dapat 0.08=8,000-5,148, bermakna kite ada untung lagi setiap tahun 2,852..betul ke pemahaman aq…tolong?
Duitmoney
rm429 tu utk loan asb berapa ribu?
kebiasanya dividen +- 7%
cth senario 1
bulanan rm430 pinjaman asb 65000
dgn jumlah div 2010 – 7.5%
jumlah diperolehi ( 65000 x 7.5% ) = 4875 + bonus
bonus biasanya kecil so anggaranya dlm +-4950
untung sebenarnya. jgn fikir untung bank.fair play. hedging factor. “hint” :cuba tgk last 10years punya div asb vs pelaburan lain. especially time ekonomi merundum.
maybe kita mengira inflasi,etc..
ini adalah utk bantu2 org bumi jer, maximize n utilize bnda nih. tgk n renung betul2 baru nampak.but still, pro n cons.depend pd memasing. pd aku: untung sesangat.